Wednesday, April 21, 2010

Wage and price stickiness / Upah dan ketegaran harga

Walaupun ada beberapa pedekatan dalam makroekonomi, setiap sekolah pemikiran telah cuba menjelaskan mengapa wujudnya keluk Philips atau sebab wujudnya upah dan ketegaran harga. Semua penerangan boleh diaanggap betul.

Maklumat tidak lengkap – Market clearing

Sesetengah ahli ekonomi telah bersependapat untuk menerangkan keluk Philips dalam konteks di mana market clear: upah keseluruhannya flexsibel tetapi terlaras perlahan-lahan di sebabkan expectation atau anggapan adalah salah. Pada 1960an, Milton Friedman dan Edmund Phelps membangunkan model yang mana, apabila upah naik disebabkan harga meningkat, pekerja telah menganggap upah benar mereka telah meningkat dan mereka lebih rela untuk berkerja lebih. Maka, dalam jangka pendek, sehingga pekerja sedar bahawa gaji nominal yang tinggi adalah disebabkan oleh tingkat harga yang tinggi, peningkatan dalam gaji nominal berkaitan dengan tingkat output yang tinggi dan pengangguran yang rendah. Dalam model ini, penyelarasan upah yang perlahan disebabkan oleh reaksi yang lambat daripada pekerja dan ketidaklengkapan maklumat dalam perubahan harga.

Masalah koordinasi

Dalam pendekatan koordinasi , keluk Philips lebih memfokus kepada proses firma menyelarasankan harga apabila permintaan berubah berbanding dalam upah. Di andaikan terdapat peningkatan dalam stok wang, pada akhirnya harga akan meningkat diikuti oleh penawaran wang dan output tidak berubah. Tetapi jika terdapat sebuah firma yang meningkatkan harga disebabkan peningkatan stok wang dan tiada firma lain yang meningkatkan harga, maka firma yang meningkatkan harga tersebut akan mengalami kerugian. Jika kesemua firma meningkatkan harga serentak, keseimbangan baru akan tercapai. Tetapi kerana semua firma dalam ekonomi tidak dapat mengkoordinasikan peningkatan harga secara bersama, maka firma akan meningkatkan harga perlahan-perlahan apabila berlaku perubahan dalam stok wang kerana berlaku peningkatan dalam permintaan pada harga asal.

Masalah koordinasi juga dapat menerangkan mengapa ketegaran upah mencerun ke bawah dan mengapa upah tidak jatuh secara terus apabila berlakunya pengurangan dalam permintaan aggregat. Jika ada firma yang mengurangkan upah pekerja sementara firma yang lain tidak, pekerja akan keluar dari firma yang mengurangkan upah. Jika semua firma berpakat, firma dapat mengkoordinasikan tingkat upah yang lebih rendah bersama; tetapi kerana firma-firma tidak dapat mengkoordinasi secara bersama, firma masing-masing akan menurunkan upah nominal pekerja mereka sedikit demi sedikit,diandaikan firma yang dapat meningkatkan keuntungan dahulu dapat menguasai saingan.

Kecekapan upah dan kos dalam perubahan harga

Teori kecekapan upah memfokus upah sebagai alat memotivasikan pekerja. Kerajinan pekerja dalam pekerjaan mereka berkait rapat sebanyak mana mereka dibayar berbanding dengan alternatif. Firma mungkin membayar upah lebih tinggi daripada tingkat upah market clearing untuk memastikan pekerja bekerja keras dan mengelakkan mereka kehilangan kerja.

Teori kecekapan upah memberikan penjelasan mengenai perubahan yang perlahan dalam upah benar tetapi tidak memberikan penjelasan mengapa upah nominal purata berubah secara perlahan walaupun ia membantu menjelaskan mengenai kewujudan pengangguran. Walaubagaimanapun, apabila digabungkan dengan fakta yang adanya kos dalam perubahan harga, teori kecekapan upah boleh menjana sedikit ketegaran dalam upah nominal walau kos dalam mengubah harga adalah kecil. Apabila digabungkan antara ketegaran dengan masalah koordinasi, teori ini dapat menerangkan mengenai ketegaran upah nominal.

No comments:

Post a Comment