Wednesday, April 21, 2010

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN: TERAS 4: MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP

1. Memenuhi Keperluan Perumahan dan Menambah Baik Perkhidmatan Perbandaran

Dalam tempoh RMKe-9, Kerajaan akan terus menyediakan perumahan kos rendah melalui Program Perumahan Rakyat manakala Syarikat Perumahn Negara Berhad (SPNB) akan melengkapkan usaha kerajaan dengan membina lebih daripada 29,000 rumah kos rendah dan sederhana rendah di kawasan bandar dan luar Bandar. SPNB juga akan menggalakkan penggunaan Sistem Bangunan Industri dan reka bentuk berasaskan konsep koordinasi bermodul dalam pembinaan rumah.

Undang-undang akan dikaji semula bagi menggalakkan sector swasta menyediakan rumah kos rendah. Langkah ini termasuk member lebih kelonggaran ke atas kuota rumah kos rendah serta mempercepatkan proses kelulusan dan pembinaan. Sistem pendaftaran dan pengagihan rumah kos rendah akan diperbaiki bagi memastikan pengagihan yang teratur kepada kumpulan sasar yang sebenar.

Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam, pembaharuan dalam pihak berkuasa tempatan akan dilaksana untuk menyediakan perkhidmatan Bandar yang cekap dan berkualiti. Langkah yang diambil termasuk melaksanankan system KPI untuk memantau dan memperbaik prestasi perkhidmatan. Penggunaan ICT juga akan dipertingkatkan untuk menambah baik kecekapan pengendalian. Dasar Pembandaran Nasional akan digubal di dalam negara.

Dalam tempoh Rancangan Malaysai Kelapan (RMKe-8), antara usaha yang dilakukan adalah mempercepatkan pembangunan perumahan bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin meningkat terutamanya rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Penekanan telah diberikan kepada meningkatkan kualiti rumah yang dibina serta menyediakan lokasi yang sesuai dan suasana kehidupan yang selesa. Dari segi perkhidmatan sosial yang lain, tumpuan pembangunan diteruskan dengan memperbaiki kualiti perkhidmatan yang diberi bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Teras dasar perumahan dan perkhidmatan sosial yang lain dalam RMKe-8 adalah seperti berikut:

· menyediakan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa oleh penduduk daripada semua peringkat pendapatan dengan penekanan diberikan kepada pembangunan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah;

· mempertingkatkan penyampaian dan kualiti serta memperluaskan liputan perkhidmatan bandar;

· memupuk suasana kehidupan yang harmoni di kalangan masyarakat dan membangunkan institusi keluarga yang teguh dan berdaya tahan kearah mewujudkan masyarakat penyayang; dan

· meningkatkan aspek kehidupan estetik melalui penglibatan yang lebih luas dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta kesenian dan kebudayaan.

Bagi perumahan, dalam tempoh 2006 hingga 2008, sebanyak 3,500 rumah baru telah dibina dan dua ribu rumah dibaik pulih di bawah Program Bantuan Rumah untuk membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa. Pada tahun 2009, peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.

2. Menambah Baik Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Kerajaan akan terus menyediakan kemudahan dan melaksanakan program untuk menambah baik status kesihatan penduduk, khususnya di peringkat penjagaan primer. Kemudahan sedia ada akan dinaik taraf manakala kemudahan baru akan dibina bagi menyediakan pakej perkhidmatan yang menyeluruh. Perkhidmatan pencegahan, penyaringan dan pengesanan awal akan dipertingkat untuk mengurangkan beban penyakit serta kos rawatan dan penjagaan pemulihan. Perkhidmatan penjagaan kesihatan primer , sekunder dan tertiar akan digabung melalui satu sisitem rujukan yang cekap dan berkesan, begi menyediakan sisitemyang bersepadu untuk manfaat pesakit. Keajaan turut menggalakkan konsep kesejahteraan sepanjang hayat dan mengambil pendekatan proaktif untuk penjagaan kesihatan melalui inisiatif meningkatkan kesedaran seperti penubuhan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti di semua klinik kesihatan.

Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit akan diberi penekanan melalui inisiatif seperti penubuhan Pusat Penyakit Berjangkit di Sungai Buloh, Selangor. Di samping itu, kerajaan mensasarkan untuk membasmi penyakit malaria, demam kepialu dan batuk kering menjelang tahun 2010.

Pembangunan sumber manusia akan diberi keutamaan tinggi bagi menangani kekurangan meruncing anggota dalam pelbagai kategori perubatan dan kesihatan. Sehubungan ini, latihan bagi anggota perubatan dan kesihatan akan dipertingkatkan dan diperkembang. Kerajaan akan menambah baik terma dan syarat perkhidmatan bagi terus menarik dan mengekalkan anggota kesihatan.

Bagi meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme, lebih banyak hospital akan digalakkan untuk memperoleh Sijil Akreditasi Hospital. Di samping itu undang-undang mengenai kesihatan yang berkaitan akan disemak semula dan undang-undang baru digubal untuk mengawal selia sector kesihatan dengan lebih baik.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), tumpuan pembangunan sektor kesihatan adalah untuk mempertingkatkan taraf kesihatan penduduk terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik serta mengoptimumkan penggunaan sumber dalam penyaluran penjagaan kesihatan. Ini melibatkan pengagihan penjagaan kesihatan seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara sektor awam dan swasta. Peranan, tangunggjawab dan fungsi kawal selia Kementerian Kesihatan diperkukuh untuk memperbaiki mekanisme urustadbir sektor kesihatan yang lebih berkesan. Keutamaan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesional kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dikuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta.

Strategi pembangunan sektor kesihatan dalam tempoh RMKe-8 adalah seperti berikut:

· meningkatkan peluang untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang mampu dibayar dan lebih berkualiti;

· memperluaskan program hidup sihat;

· menggalakkan penyelarasan dan penggabungan di antara penyedia penjagaan kesihatan sektor awam dengan sektor swasta;

· meningkatkan bekalan tenaga manusia dalam bidang kesihatan dalam pelbagai kategori;

· memperkukuhkan sistem telekesihatan untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat perkhidmatan kesihatan serantau;

· meningkatkan keupayaan dan kemampuan penyelidikan dalam sektor kesihatan;

· membangun dan melaksanakan skim pembiayaan penjagaan kesihatan; dan

· mengukuhkan peraturan dan fungsi kawal selia untuk mentadbir sektor kesihatan, termasuk pengamal perubatan tradisional dan keluaran perubatan.

Perkhidmatan kesihatan secara percuma akan terus disediakan kepada rakyat. Peruntukan 13.7 bilion ringgit disediakan pada tahun 2009 untuk tujuan meningkatkan kemudahan dan peralatan kesihatan, menambah bekalan ubat, membangunkan sumber manusia, menggiatkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan penguatkuasaan, di samping pembinaan hospital, klinik dan kuarters.

Selaras dengan langkah Kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan membendung gejala sosial akibat merokok, terutamanya di kalangan remaja dan pelajar, adalah dicadangkan duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak tiga sen sebatang daripada 15 sen sebatang kepada 18 sen sebatang. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

Untuk mengekalkan perkhidmatan pakar perubatan sektor awam, kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan, yang melibatkan 3,800 orang pegawai dengan perbelanjaan tambahan 26 juta ringgit.

Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan daripada 20 ringgit kepada 30 ringgit satu penerbangan pergi balik dan bagi jururawat daripada 15 ringgit kepada 30 ringgit satu penerbangan pergi balik.

3. Menambah Baik Sisem Pengangkutan

Pembangunan sisitem pengangkutan Bandar akan menumpu kepada penyediaan system pengangkutan awam yang bersepadu dan cekap. Selain itu, dalam usaha mengurangkan kesesakan Bandar di kawasan lain, projek utama seperti minorel, jalan lingkaran luar dan jabatan kedua Pulau Pinang dan Ligkaran Penyuraian Lalu Lintas Johor Timur akan dilaksana. Program pembangunan jalan akan menumpu kepada menambah baik akses kepada kawasan kurang membangun terutamanya RGC dan kawasan yang berpotensi bagi pelancongan.

Infrastruktur el akan dinaik taraf dan system komunikasinya akan dimodenkan bagi meningkatkan kecekapan pengendalian dan daya tarikan pengangkutan rel sebagai salah satu cara pengangkutan bagi penumpang dan barang. Bagi tujuan ini, landasan baru akan dibina bagi menghubungkan kawasan perindustrian baru separti Tanjung Malim di Perak. Bagi sector penerbangan, lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan diperbesar dan dinaik taraf untuk menampung jangkaan pertambahan jumlah penumpang dan kargo. Peralatan kawalan trafik udara akan dinaik taraf bagi mengendalikan jangkaan peningkatan kekerapan penerbangan.

Bagi memastikan pencapaian matlamat pertumbuhan yang berdaya tahan dalam RMKe-8, infrastruktur dan kemudahan awam yang memainkan peranan penting bagi pertumbuhan sektor lain khususnya dalam perkhidmatan dan pengedaran barangan dipertingkatkan. Usaha yang diambil adalah menaik taraf kemudahan sedia ada dan menambah keupayaan khususnya di kawasan kurang maju serta mempertingkat kecekapan dan produktiviti kemudahan di kawasan bandar. Aksesibiliti yang lebih meluas, mencukupi dan berkualiti dalam penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik. Teras pembangunan sektor dalam tempoh RMKe-8 berpandukan kepada strategi berikut:

· menekankan perancangan jangka panjang yang bersepadu dan pelaksanaan projek yang terselaras bagi memastikan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang lebih teratur, sistematik dan menyeluruh;

· menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan awam yang menyeluruh bagi memudahkan pertumbuhan ekonomi dan membuka koridor baru untuk pembangunan;

· menggalakkan multimodalisme bagi meningkatkan integrasi semua mod pengangkutan;

· menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam serta pengangkutan pintar khususnya di kawasan bandar bagi mengurangkan kesesakan;

· mempertingkatkan kecekapan, produktiviti dan kebolehpercayaan perkhidmatan melalui penyemakan semula yang berterusan dan penguatkuasaan yang ketat terhadap piawaian prestasi dan spesifikasi teknikal serta penggunaan teknologi baru dan yang diubahsuai; dan

· memastikan wujudnya kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang berdaya harap dengan kos yang berpatutan.

Kemudahan prasarana dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat desa dan luar bandar. Bajet 2009 menyediakan peruntukan 1.8 bilion ringgit untuk menambah kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar. Daripada jumlah ini, lebih satu bilion ringgit akan disalurkan untuk melaksanakan projek jalan luar Bandar sepanjang 480 kilometer dan jalan kampung sepanjang 1,300 kilometer. Sebanyak 280 juta ringgit disediakan bagi bekalan air luar bandar dengan sasaran 30 ribu buah rumah, 17350 juta ringgit untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran 3,600 buah rumah, dan 65 juta ringgit disediakan untuk melaksanakan 11,700 buah projek kemudahan awam di luar bandar.

Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Bagi negeri Sabah, peruntukan hampir tiga bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan projek infrastruktur, termasuk 266 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang akan memanfaatkan lebih 550 ribu penduduk setempat. Antara projek utama, termasuk membina jalan dari Jeroco-Lahad Datu Fasa Dua, menaik taraf dan membaiki Jalan Sandakan ke Telupid, menaik taraf Jalan Ranau ke Tambunan Fasa Dua, membina Jambatan Semporna–Pulau Bum-Bum, mengganti jambatan usang di kawasan pendalaman Sabah, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan, kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar serta Program Perumahan Rakyat Disewa.

Bagi negeri Sarawak, peruntukan 3.3 bilion ringgit disediakan untuk pelbagai projek, termasuk pembinaan 230 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang akan memanfaatkan lebih 350 ribu penduduk setempat. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembinaan Jalan Penghubung ke Pusat Pentadbiran Persekutuan Baru Sarawak, Jalan Nanga Buai ke Ulu Sepak, Betong, Jalan Awat-Awat ke Kuala Lawas, Jalan Tanjong Assam ke Saribas, Empangan Bengoh Kuching, Sistem Pengurusan Air Sisa secara bersepadu di Bandaraya Kuching, Program Perumahan Rakyat Disewa, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan serta kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar.

Dalam Bajet 2009, Kerajaan akan terus menggalakkan lebih ramai warga menggunakan pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Pengangkutan awam yang lebih efisien dan bersepadu amat penting bagi menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan.

RapidKL dan RapidPenang telah ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Kelang dan di Pulau Pinang. Kini, RapidKL menyediakan perkhidmatan bas kepada 166 laluan merangkumi lebih 980 kawasan kediaman. Sejumlah 14 peratus merupakan laluan sosial yang tidak menguntungkan dan tidak diliputi oleh syarikat pengangkutan awam yang lain. Laluan sosial ini masih beroperasi untuk memenuhi hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat, terutamanya daripada kalangan berpendapatan rendah, mendapat manfaat daripada usaha penambahbaikan pengangkutan awam. Pada puratanya, seramai 400 ribu penumpang sehari menggunakan perkhidmatan bas dan 350 ribu menggunakan perkhidmatan rel RapidKL. Keseluruhannya, 44 peratus dari perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Kelang disediakan oleh RapidKL.

RapidPenang pula menyediakan perkhidmatan bas kepada 33 laluan di 106 kawasan perumahan dengan jumlah 46 ribu penumpang sehari. RapidPenang kini menyediakan 60 peratus daripada jumlah perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan, 200 bas akan ditambah, menjadikan jumlah 350 bas. Dengan ini, perkhidmatan bas RapidPenang dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru dan jumlah penumpang meningkat kepada 120 ribu penumpang sehari pada penghujung tahun 2009.

Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak 35 bilion ringgit akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. Ini termasuk projek-projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.

Sistem LRT sedia ada di Lembah Kelang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer, iaitu masing-masing sepanjang 15 kilometer bagi Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang. Apabila siap pada tahun 2011, kedua-dua projek ini akan memanfaatkan 2.6 juta bilangan penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong, berbanding 1.9 juta pada masa ini.

Pada masa yang sama, perolehan 35 set tren bagi Aliran Kelana Jaya telah dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2010, dengan kos 1.3 bilion ringgit. Dengan langkah-langkah ini, kapasiti Aliran Kelana Jaya akan meningkat lebih dua kali ganda, daripada 160 ribu penumpang sehari pada masa ini kepada 350 ribu penumpang sehari. Aliran Ampang pula akan mempunyai kapasiti 280 ribu penumpang sehari berbanding 150 ribu penumpang pada masa ini.

Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang, satu laluan LRT baru sepanjang 42 km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras. Laluan baru ini, dengan kapasiti melebihi 300 ribu penumpang sehari, apabila siap pada tahun 2014, akan memberi perkhidmatan rel bagi kawasan kediaman, perdagangan dan kewangan Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.

Kerajaan telah mengambil alih aset dan operasi KL Monorail daripada operator swasta pada akhir tahun 2007. Beberapa langkah meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan telah dilaksanakan. Berikutan langkah-langkah ini, kesemua 12 tren yang ada telah berjaya beroperasi semula sepenuhnya. Semenjak pengambilalihan, jumlah penumpang telah meningkat lebih sepuluh peratus daripada purata 51 ribu penumpang sehari kepada lebih 57 ribu penumpang sehari pada masa ini. Pengambilalihan ini akan menyumbang kepada usaha menjadikan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang lebih berintegrasi.

Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad akan dipertingkatkan. Langkah sedang dilaksanakan untuk membaik pulih 20 set Electric Multiple Unit (EMU) sedia ada yang dijangka siap pada 2009. Sejumlah 13 EMU baru juga akan ditambah menjelang tahun 2011. Dengan ini, kapasiti KTM Komuter dijangka meningkat daripada 350 ribu penumpang sehari pada masa ini kepada 500 ribu sehari. Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 kilometer sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2010.

Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan KTM, iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas, yang dijangka siap pada tahun 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada tahun 2013.

Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara Bandar daripada kawasan selatan Semenanjung. Terminal moden lima tingkat ini mempunyai kapasiti menampung lebih 130 teksi dan seratus bas, kemudahan letak kereta dan ruang komersial, di samping mempunyai connectivity dengan rel Aliran Ampang, ERL dan KTM Komuter serta juga teksi dan bas bandar di Lembah Kelang. Terminal ini dijangka beroperasi pada tahun 2011.

Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina. Terminal ini akan dapat mengurangkan lagi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam berperanan penting memastikan jaringan perkhidmatan yang lebih luas serta efisien, selamat dan bermutu tinggi, di kawasan bandar dan luar bandar. Untuk membantu mengurangkan kos operasi pengusaha pengangkutan awam, Kerajaan telah pun meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam. Kerajaan akan turut mengambil langkah-langkah berikut:

· Pertama: menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam tiga bilion ringgit di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel; dan

· Kedua: mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008. Kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan pengurangan ini yang dianggarkan 45 juta ringgit setahun.

Di samping itu, pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal Dipercepatkan. Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada 20 ringgit setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin.

Untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 2009.

4. Menambah Baik Bekalan Tenaga yang Mencukupi dan Mampan

Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Kerajaan akan terus memastikan bekalan tenaga yang mencukupi, terjamain, andal, berkualiti dan berkesan dari segi kos. Bagi tujuan ini, penjanaan dan rangkaian penghantaran elektrik akan terus dibangunkan. Projek bekalan elektrik luar Bandar akan dipergiat terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penggunaan biofuel akan digalakkan manakala usaha R&D dalam pengeluaran biodiesel akan diberi sokongan penuh. Sumber tenaga baru yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria akan terus dibangunkan.

Sebagai satu langkah Kerajaan meringankan lagi beban kewangan golongan berpendapatan rendah, isi rumah yang membayar bil elektrik dua puluh ringgit dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. Kerajaan akan menanggung kos bil tersebut yang berjumlah 170 juta ringgit. Seramai 1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini.

5. Mempertingkatkan Sistem Pembekalan Air

Tumpuan utama dalam sector utility adalah untuk meningkatkan kualiti dan system bekalan air yang terjamin. Sehubungan dengan itu, infrastruktur bekalan air seperti muka sauk, loji rawatan dan empangan akan dibina dan dinaik taraf. Di samping itu, projrk utama seperti Projek Penyaluarn Air Mentah Antara Negeri dari Pahang ke Selangor akan dilaksanakan. Bagi memastikan bekalan air yang berterusan, usaha pemulihan bekalan air akan digalak melalui program meningkatkan kesedaran. Suruhanjaya Pengurusan Air Negara akan memulakan operasinya dalam tempoh rancangan bagi mengawal selia system bekalan air dan perkhidmatan pembentungan di Semenanjung Malaysia.

Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di kedua negeri tersebut, terutamanya mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, 580 juta ringgit disediakan bagi Sabah dan 420 juta ringgit bagi Sarawak.

6. Menggalakkan Perlindungan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Secara Mampan

Pengawasan alam sekitar akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan untuk memastikan keseimbangan optimum antara keperluan pembangunan dengan pemulihan alam sekitar. Fokus yang lebih akan diberi kepada langkah pencegahan di puncanya bagi mengurangkan kesan negative terhadap alam sekitar, mengurangkan aktiviti haram terhadap alam sekitar serta mempergiatkan usaha pemuliharaan untuk terus mengurus sumber alam secara mampan. Kualiti udara dan air akan terus dipantau rapid an langkah akan diambil bagi memastikan pencemaran yang minimum. Ini termasuklah memperkenalkan peraturan dan piawaian pelepasan yang ketat, menambah baik sisitem pembentungan awam serta menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang lebih bersih.

Penggunaan sumber tanah akan dioptimumkan dangan mengguna pakai pendekatan pembangunan secara spatial. Usaha akan dipergiatkan bagi melindungi dan mengoptimumkan penggunaan biodiversity. Aktiviti R&D akan dipergiatkan bagi mempermudahkan pengenalpastian potensi biologi dan menggalakkan penjanaan daripada sumber biodiversity negara yang mewah. Di samping itu, hutan bakau dan habitat pesisir pantai yang lain akan dipulihkan untuk mengurangkan kesan haklisan pantai dan tsunami serta memastikan bekalan sumber yang berterusan.

7. Mempergiatkan Peranan Budaya, Seni dan Warisan dalam Masyarakat

Peranan budaya, senio dan warisan akan dipergiatkandan focus akan diberi kearah usaha menyemai nilai budaya yang positif dan meningkatkan apresiasi terhadap budaya, seni dan warisan di kalangan semua lapisan masyarakat; membangunkan industry kebudayaan kreatif serta industry kraf; dan membangunkan modal insane dalam bidang berkaitan bagi memastikan pembangunan budaya.seni dan warisan negara yang mampan dan berterusan. Kerajaan akan berkerjasama secara erat daengan sector swasta dan masyarakat sivil bagi melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan demi kepentingan rakyat.

8. Membina Kecemerlangan Kesukanan dan Gaya Hidup Sihat

Bagi mewujudkan budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia, pelbagai peogram sukan untuk orang ramai akan dilaksanakan, termasuk program pembangunan kecergasan dan aktiviti luar. Sehubungan dengan itu, sejumlah 24,000 tenaga pengajar akan dilantik dan dilatih untuk membantu perlaksanaan program tersebut. Kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf atau diperbesar bagi menarik lebih banyak penyertaan dalam acara sukan. Di samping itu, Kompleks Sukan Komoniti akan dibina bagi memudahkan penganjuran sukan dan aktiviti berkaitan komoniti. Sektor swasta juga akan digalakkan untuk meyedia kemudahan sukan dan rekreasi untuk kegunaan masyarakat umum. Tumpuan juga alan diberi kepada penyelenggaraan kemudahan tersebut.

Kapasiti dan kecekapan persatuan sukan akan dipertingkat. Bagi mencapai kecemerlangan sukan. Inisiatif seperti Program Pembangunan Bakat akan dilaksana bagi menyedia latihan kepada 14,570 atlit berpotensi dalam 37 jenis sukan. Inisiatif berkaitan sukann dan infrastruktur di sekolah akan dipertingkat bagi mewujudkan asas yang lebih baik untuk memupuk dan membangun atlit dalam bidang sukan berprestasi tinggi.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) memberi penekanan supaya pertumbuhan ekonomi negara perlu disertai dengan peningkatan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, RMKe-9 telah merangka pelbagai strategi untuk memastikan akses yang lebih baik kepada penjagaa kesihatan, kemudahan dan perumahan, memperluaskan jaringan jalan raya ke kawasan luar Bandar. Menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan jalan raya. Langkah juga diambil untuk memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin bagi rakyat. Berikutan cabaran daripada kepesatan pembangunan sosioekonomi dan kesannya kepada keluarga, pelbagai program dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan dan membina masyarakat yang lebih penyanyang termasuk memperkasakan wanita, melindungi kanak-kanak dan menigkatkan peranan belia dalam masyarakat. Aktiviti sukan dan rekreasi dipertingkatkan begi menarik lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan daya hidup yang sihat serta mencapai kecemerlangan dalan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping itu, langkah juga diambil untuk meningkatkan peranan kebudayaan, kesenian dan warisan bagi memperkukuhkan identity dan perpaduan nasional. RMKe-9 juga menyedari kepentingan pengurusan alam sekitar dan sumber asli secara holistic dan bersepada dalam membantu meningkatkan kualiti hidup.

Dalam tempoh akhir Rancangan, penekanan yang lebih besar akan diberi kepada meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penigkatan akses serta penambahbaikan kualiti penjagaan lesohatan dan kemudahan social yang lain. Tumpuan akan diberikan kepada penyediaan rumah yang mencukupi, berkualaiti, mampu dibeli atau disewa serta memperluaskan bekalan elektrik dan air di kawasan luar Bandar serta untuk golongan miskin di kawasan Bandar. Rangkaian pengangklutan yang lebih meluas akan disedia untuk menyepadukan kawasan Bandar dan luar Bandar. Penyediaan kemudahan pengangkutan ini akan meningkatkan akses penduduk luar Bandar kepada pasaran dan perkhidmatan perbandaran. Pembangunan system pengangkutan awam bersepadu akan mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap. Keselamatan awam aklan dipertingkatkan dengan menambah kapasiti dan keupayaan pasukan polis dan penglibatan masyarakat yang lebih besar. Program yang startegik akan dilaksana untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan bagi menghadapi cabaran urbanisasi dan gaya hidup moden. Aktiviti sukan dan rekreasi akan terus dipertingkatkan untuk menggalakan masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif serta menca[ai kecemerlangan dalam sukan. Penekanan yang lebih akan diberi terhadap penghayatan budaya, seni dan warisan kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk melindungi alam sekitar dan memastikan kemampanan penggunaan sumber asli termasuk member keutamaan kepada kepintingan alam sekitar dan rancangan pembangunan.

No comments:

Post a Comment