Wednesday, April 21, 2010

Pembandaran

Pembandaran berlaku secara universal dalam dunia pascaperang. Darjah tumpuan pembandaran bertambah dengan tahap pendapatan sesebuah negara, manakala kelajuan pembandaran ditunjukkan dengan satu U yang berpola songsang: kelajuan pembandaran negara-negara berpendapatan sederhana adalah tertinggi dan negara-negara membangun adalah rendah (Mazumdar, 1987). Oleh kerana negara-negara berpendapatan sederhana secara puratanya mengalami pertumbuhan ekonomi tertinggi dan perubahan yang drastik dalam struktur-struktur ekonomi mereka, membukti bahawa pembandaran mempunyai hubungan dengan pertumbuhan pendapatan, perindustrian, dan pemodenan ekonomi.

Bagaimanapun, kelajuan pembandaran tidak boleh dijelaskan semata-mata oleh pertumbuhan ekonomi, kerana banyak negara-negara yang mengalami pembandaran sangat cepat, contohnya negara-negara Afrika yang berada di kalangan negara-negara berpendapatan rendah dan Amerika Latin dan negara-negara Caribbean yang berada di kalangan negara-negara pendapatan sederhana, tumbuh agak perlahan (Mazumdar, 1987; Fay Dan Opal, 2000).

Perubahan dalam pembolehubah agregat adalah disebabkan oleh migrasi golongan luar bandar, yang didorong oleh faktor-faktor ekonomi, iaitu, peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik di kawasan bandar. Bagaimanapun, imigran-imigran ini tidak semestinya mendapat kebajikan yang lebih tinggi di kawasan bandar, disebabkan oleh sifat dualistik ekonomi bandar dalam sebuah negara membangun.

Biasanya ekonomi bandar sesebuah negara sedang membangun boleh dikelaskan kepada sektor formal atau moden dan tidak formal atau sektor tradisional. Sektor tidak formal (tradisional) dikategorikan kepada firma bersaiz kecil, pekerja tidak mahir, gaji rendah, dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan yang longgar, dan menggabungkan sektor-sektor seperti perniagaan kecil, perkhidmatan domestik, perkhidmatan membaiki, dan pembuatan asas. Sektor formal (moden) memiliki ciri-ciri yang berbeza termasuklah pembuatan moden dan perkhidmatan yang berintensifkan kemahiran seperti kewangan dan penjagaan kesihatan. Menurut Ranis Dan Stewart (1999), dalam kebanyakan negara-negara membangun, biasanya saiz sektor formal di bandar adalah besar. Maka pendapatan pekerja-pekerja sektor tidak formal adalah dekat atau kadangkala lebih rendah daripada pekerja di kawasan luar bandar selepas pelarasan terhadap kos sara hidup. Sektor tidak formal yang besar dalam ekonomi bandar menandakan banyak imigran tidak mencapai peningkatan yang ketara dalam ekonomi mereka.

Pembandaran dilihat berkait rapat dengan kewujudan peluang pekerjaan dalam sektor formal dan kebajikan imigran-imigran tercapai hanya jika ekonomi mencapai pengindustrian. Sebagai contoh, kes kajian negeri Thai dan Filipina oleh Ranis dan Stewart (1999) menunjukkan bahawa, sepanjang 1960an dan 1970an, kedua-dua negara mengalami pembandaran berskala besar yang dan diiringi oleh pertumbuhan industri yang pesat, dan mengakibatkan pengembangan sektor formal dan penguncupan sektor tidak formal. Selepas 1980an, negeri Thai masih mengikut aliran ini, manakala Filipina mengalami pembandaran dengan kadar pertumbuhan industri yang hampir sifar dan terpaksa menangani pertumbuhan pesat sektor tidak formal.

Soalan ialah mengapa beberapa ekonomi mencapai pembandaran dan diiringi dengan pengembangan sektor formal dan mengapa kawasan lain mengalami pembandarkan tanpa pemodenan seperti kawasan lain tetapi mengalami pengembangan dalam sektor tradisional. Kertas ini membentangkan satu model dinamik pembandaran dan pembangunan teratur untuk menjawab soalan ini.

Model ekonomi yang digunakan adalah discrete-time OLG variety yang didiami oleh satu kontinum individu dan terdiri daripada sektor pertanian luar bandar, sektor tidak formal bandar, dan sektor formal bandar. Sektor luar bandar dan sektor tidak formal bandar mengambil pekerja-pekerja tidak mahir, manakala sektor formal bandar menggaji pekerja-pekerja mahir dan modal fizikal. Sektor luar bandar menghasilkan produk pertanian, dan sektor formal bandar mengeluarkan barang pembuatan, kedua-duanya adalah tradables. Sektor tidak formal bandar mengeluarkan barang nontradable yang akan digunakan dalam perkhidmatan seperti perniagaan kecil dan perkhidmatan domestik dalam ekonomi sebenar. Sektor pertanian luar Bandar menunjukkan pulangan berkurang mengikut skala, ini menujukkan masalah kekurangan tanah, dan pengeluaran adalah dikongsi sama rata di kalangan pekerja, manakala sektor-sektor bandar yang mempunyai teknologi mendapat pulangan malar mengikut skala dan gaji yang kompetatif. Oleh sebab skil yang berbeza diperlukan dalam sektor formal dan tidak formal, kertas ini menumpukan pada peranan pengumpulan modal manusia dalam pembangunan. Pengumpulan modal fizikal hanya memainkan peranan yang kecil dengan andaian modal antarabangsa bebas adalah mobiliti.

Dalam model ekonomi wujud dua jenis steady states. Jenis pertama dikenali sebagai equal opportunity steady state yang mempunyai ciri-ciri sebuah ekonomi maju: ramai orang adalah berpendidikan dan mahir; kebanyakan orang hidup di kawasan bandar dan melibatkan diri dalam aktiviti bukan pertanian; dan jurang antara pekerja mahir dan pekerja tidak mahir antara penduduk-penduduk yang bandar dan luar bandar adalah kecil. Jenis kedua dikenali unequal opportunity steady state, berbeza dengan kawasan sebelumnya, menggambarkan sifat ekonomi membangun biasa yang terbantut: penduduk tinggal di kawasan luar bandar dan melibatkan diri dengan pertanian; banyak penduduk-penduduk bandar tidak mahir dan masih bekerja dalam sector tidak formal; dan ketidaksamaan adalah tinggi.

Pengagihan kekayaan yang sempurna atas populasi, maka ekonomi akan mencapai salah satu daripada steady states dalam jangka panjang. Jika ekonomi bermula dengan aset terkumpul yang terhad maka ia kearah mencapai equal opportunity state, dimana ia akan mengalami pembandaran yang diikuti dengan peningkatan kemahiran, pengembangan sektor formal, pengecutan sektor tidak formal, dan ketaksamaan akan jatuh. Sebaliknya, jika ia kearah mencapai unequal opportunity state, ia akan mengalami pembandaran tetapi tanpa peningkatan kemahiran atau pemodenan sebaliknya pengembangan sektor tidak formal. Oleh itu, model menunjukkan terdapat dua corak pembandaran yang tersendiri yang dapat diperhatikan dalam ekonomi sebenar. Penentu kritikal kejayaan ekonomi dalam jangka panjang adalah bergantung kepada penduduk yang mampu mendapatkan pendidikan dalam sesuatu tempoh, yang mencerminkan darjah persamaan agihan aset permulaan melainkan aset terkumpul yang sangat rendah. Ini adalah selaras dengan penemuan empirikal, sebagai contoh, oleh Deininger dan Squire (1998) Dan Deininger Dan Olinto (2000), yang menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi adalah berhubung secara songsang terhadap ketaksamaan tanah permulaan (proksi untuk ketaksamaan aset permulaan).

Kertas ini turut mengkaji perubahan semasa dalam produktiviti sektor pertanian luar bandar dan sektor formal bandar dalam pembandaran dan pembangunan ekonomi. Kejatuhan dalam daya pengeluaran pertanian dan peningkatan dalam produktiviti sektor formal menggalakkan pembandaran tetapi berkemungkinan ekonomi akan bermula dengan berlakunya ketidakadilan pengagihan kekayaan yang membawa kepada unequal opportunity steady state. Tetapi dapatan ini adalah tidak tepat kerana banyak negara-negara Afrika sub-Saharan sebenarnya telah mengalami kejatuhan daya pengeluaran dalam pertanian, pembandaran yang pesat disertai dengan pengembangan sektor formal, pertumbuhan lembap selama beberapa tahun. Kesan peningkatan produktiviti dalam sektor formal menunjukkan bahawa pertumbuhan produktiviti berdasarkan kemahiran yang berbeza tidak semestinya berfaedah untuk pembangunan ekonomi negara yang miskin dalam jangka panjang.

Kertas ini juga adalah berkait dengan kajian yang mengkaji mekanisme-mekanisme pembandaran dan evolusi sektor tidak formal. Banyak kajian dalam literatur ini, termasuk Fields (1975), Gupta (1997), Ranis dan Stewart (1999), adalah variasi daripada model Harris dan Todaro (1970) yang mengatakan bahawa sektor formal adalah disifatkan sebagai sektor yang membayar gaji lebih tinggi untuk pekerja berbanding daripada sector tidak formal, disebabkan oleh faktor-faktor institusi yang eksogenus, seperti sekatan untuk memasuki sektor, pematuhan kepada peraturan upah minima, dan kehadiran kesatuan-kesatuan perdagangan. Berbeza dengan kajian yang membezakan kedua-dua sektor dengan kemahiran pekerja. Sebagai contoh, Marcouiller et al. (1997) menemui bahawa pekerja-pekerja dalam sektor formal ternyata lebih berpelajaran daripada pekerja-pekerja dalam sektor tidak formal. Tetapi klasifikasi konvensional tidak bersetuju dengan sesetengah penemuan-penemuan empirikal: menurut Funkhouser (1997), oleh kerana wujud perbezaan upah antara sektor yang tidak dapat diterangkan selepas pelarasan kepada taraf hidup pekerja, sebahagian besar perbezaan tidak dapat dijelaskan oleh kewujudan peraturan buruh atau kesatuan-kesatuan buruh. Oleh itu, kajian menunjukkan klasifikasi berdasarkan kemahiran mencerminkan penumpuan pada modal manusian sebagai faktor penentu pembangunan serantau dan pengagihan pekerja dalam sektor-sektor.

Bencivenga Dan Smith (1997) membentuk satu two-period OLG model luar bandar, bandar formal, dan sektor-sektor tidak formal bandar dan mengkaji bagaimana penghijrahan, pengangguran (pekerjaan dalam sector tidak formal), pengumpulan modal fizikal, dan pembangunan ekonomi berhubungan. Dalam model ini, individu adalah mahir dan tidak mahir, tetapi kemahiran ini adalah maklumat peribadi dan masalah adverse selection muncul. Berbeza daripada model konvensional Harris–Todaro, adverse selection ini adalah bukan faktor-faktor eksogenus institusi. Dalam keseimbangan, hanya pekerja yang berkemahiran berhijrah ke kawasan bandar, manakala pekerja-pekerja tidak mahir tinggal dalam sektor luar bandar. Bergantung kepada nilai-nilai parameter, di sana wujud keseimbangan steady state berganda, di mana steady state yang berpendapatan tinggi mengalami pembandaran dan perindustrian yang lebih tetapi mempunyai workforce share yang besar dalam sektor tidak formal.

Banerjee Dan Newman (1998) mengkaji implikasi-implikasi akibat perbezaan perbezaan dalam teknologi dan keadaan institusi antara kawasan bandar moden dan sektor tradisional luar bandar dalam pembangunan. Dalam model ekonomi, individu dapat bergerak dengan bebas antara sektor-sektor dan mendapat gaji yang lebih tinggi dalam sektor moden yang lebih produktif. Ini tidak membawa kepada pembandaran sepenuhnya, bagaimanapun, oleh kerana sektor luar bandar mempunyai satu kelebihan: pinjaman untuk peluang-peluang perniagaan boleh didapati lebih senang, kerana darjah asimetri maklumat antara peminjam dan pemberi pinjaman adalah rendah dalam masyarakat yang rapat. Oleh itu, wujud satu tradeoff antara sector tradisional yang mempunyai akses yang lebih baik terhadap kredit dengan sektor moden yang mempunyai produktiviti yang tinggi, oleh itu sesetengah penduduk tinggal dalam sektor luar bandar. Di bawah keadaan ini, darjah pembandaran mungkin akan menjadi terlalu rendah: jika sesetengah yang tinggal dalam sektor luar bandar dan menerima pinjaman dipaksa berhijrah, pinjaman yang boleh didapati untuk sektor bandar meningkat dan kadar faedah akan jatuh, yang mena membawa kepada peningkatan dalam migrasi dan jumlah keluaran.

Banerjee Dan Newman (1993) pula mengkaji interaksi antara pilihan pekerjaan dan pengagihan kekayaan dalam proses pembangunan. Wujud tiga jenis pekerjaan dalam ekonomi iaitu bekerja sendiri, perusahaan, dan pekerja makan gaji dalam ekonomi. Disebabkan oleh ketidaksempurnaan pasaran kredit, sebahagian amaun tertentu kekayaan terpaksa menjadikan seorang usahawan atau bekerja sendiri, dan corak pekerjaan mempengaruhi pengagihan kekayaan. Corak pekerjaan akan mempengaruhi pengagihan kekayaan masa depan dan interaksi tersebut menentukan nasib ekonomi.

Kesimpulan

Penemuan utama kertas ini dapat dirumuskan seperti berikut. (1) Dalam model ekonomi wujud dua jenis steady state. Iaitu state yang mempunyai ekonomi yang maju dan state yang mempunyai menghadapi masalah dalam pengumpulan sumber manusia, pengagihan populasi dalam sektor-sektor dan wilayah, jurang pendapatan antara sektor dan wilayah.(2) Jika pengagihan kekayaan ke atas penduduk adalah sempurna, ekonomi yang stabil tercapai dalam jangka panjang. Jika ekonomi bermula dengan aset terkumpul yang terhad, ia akan mengalami proses pembandaran yang diikuti dengan peningkatan kemahiran, pengembangan sektor formal, pengecutan sektor tradisional, dan ketaksamaan akan berkurang. (3) Pengurangan dalam daya pengeluaran sektor pertanian dan peningkatan dalam produktiviti sektor formal menggalakkan pembandaran tetapi menjadi lebih sukar untuk ekonomi bertumbuh kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil untuk mencapai steady state dalam jangka panjang.

No comments:

Post a Comment