Wednesday, April 21, 2010

PERSAMAAN PERTUKARAN @ TEORI KUANTITI WANG (FISHER)

Teori ini dipelopori oleh Irving Fisher. Ia mempunyai sejarah yang panjang dan telah digunakan dengan meluas dalam ilmu ekonomi. Teori ini telah bermula dengan andaian bahawa kuantiti stok wang ialah penentu penting bagi kadar aliran perbelanjaan wang dan telah menumpukan perhatian kepada masalah untuk menjelaskan hubungan antara stok wang dengan kadar aliran wang terhadap aktiviti ekonomi sesebuah Negara.

Dua teknik utama telah digunakan untuk mengungkapkan pertalian antara stok wang dengan aliran perbelanjaan wang. Teknik yang pertama menggunakan konsep halaju wang, dalam kes ini adalah halaju wang pendapatan. Halaju ini ialah purata bilangan kali setiap ringgit stok wang dibelanjakan ke atas output dalam masa satu tahun. Teori ini boleh digambarkan dengan persamaan identity beikut;

MV=PT=Y

Di mana;

M = stok wang

V = halaju wang pendapatan, atau purata bilangan kali setiap tahun M ringit dibelanjakan untuk output

T = output benar

P = purata harga setiap unit output

Y = PT =KNK pada harga semasa

Persamaan di atas juga dikenali sebagai Persamaan Fisherine. Persamaan di atas bukanlah suatu teori, ia hanyalah suatu identiti yang menerangkan persamaan ex post yang perlu wujud antara aliran perbelanjaan untuk output (MV) dengan nilai wang output yang dibeli oleh aliran tersebut (PT atau PT atau ). Satu lagi teknik yang digunakan untuk mengungkapkan pertalian antara stok wang dengan aliran perbelanjaan wang ialah pendekatan Cambridge.

No comments:

Post a Comment