Wednesday, April 21, 2010

SASARAN AKHIR DASAR KEWANGAN

1. Guna tenaga yang tinggi

Employment Act 1946 dan Full Empolyment and Balanced Growth Act 1978 (lebih dikenali Humphrey-Hawkins Act) mempertanggungjawabkan Kerajaan U.S untuk mencapai guna tenaga tinggi yang konsisten disertai oleh tingkat harga yang stabil. Dua alasan utama perlunya guna tenaga yang tinggi adalah: (1) situasi alternatif – pengangguran yang tinggi – menyebabkan masalah kemiskinan, masyarakat mengalami masalah kewangan, kehilangan harga diri dan peningkatan jenayah. (2) ketika pengangguran tinggi, ekonomi mempunyai pekerja dan sumber yang tidak digunakan dan ini membawa kepada kehilangan output ( GDP yang rendah).

Walaupun kadar guna tenaga yang tinggi menjadi idaman, tetapi setinggi mana sepatutnya ia dicapai? Ketika manakah ekonomi dikatakan mencapai guna tenaga penuh? Pertamanya, GTP mungkin boleh dilihat ketika tiada pekerja yang tidak mempunyai pekerjaan; ketika kadar pengangguran sifar. Tetapi definisi ini tidak mengambil kira adanya penganguran geseran yang wujud daripada pencarian pekerja dan firma yang sepadan yang memberi kebaikan kepada ekonomi. Sebagai contoh, pekerja yang ingin mencari pekerjaan yang lebih baik akan tidak mempunyai pekerjaan sementara mencari pekerjaan. Apabila pekerja membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaannya untuk pekerjaan lain, ia mengambil sedikit masa untuk mereka mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Selain itu pengangguran struktur menyebabkan kadar pengangguran tidak sifar, iaitu perbezaan antara kemahiran yang diperlukan oleh pekerjaan dan kemahiran sedia ada yang ada pada pekerja. Jelas pengangguran ini tidak diperlukan. Maka, dasar kewangan diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

Sasaran akhir untuk mencapai guna tenaga tinggi bukan sepatutnya dilihat kepada kadar pengangguran yang sifar tetapi di mana guna tenaga yang tinggi ketika permintaan buruh bersamaan dengan penawaran buruh. Tahap ini dikenali sebagai kadar pengangguran semula jadi.

2. Pertumbuhan Ekonomi

Sasaran akhir pertumbuhan ekonomi adalah berkait rapat dengan sasaran akhir guna tenaga tinggi kerana perniagaan lebih suka melabur dalam peralatan modal untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi ketika pengangguran adalah rendah.Sebaik-baiknya apabila pengangguran adalah tinggi dan kilang tidak dapat digunakan, ia tidak menggalakkan firma untuk melabur untuk loji dan peralatan tambahan. Walaupun kedua-dua sasaran akhir ini berkait rapat, polisi-polisi boleh diumpukan kepada mencapai pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan firma untuk melabur atau menggalakkan orang awam untuk menabung, yang mana dapat menyediakan lebih banyak dana untuk firma melabur. Kaedah ini juga dikenali sebagai ‘supply-side economi policies’ yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan insentif cukai kepada perniagaan supaya melabur dalam kemudahan dan peralatan dan supaya pembayar cukai lebih menabung.

3. Kestabilan Harga

Sejak beberapa dekat yang lalu, pembuat polisi di U.S telah sedar akan kos social dan ekonomi yang disebabkan oleh inflasi dan lebih cenderung untuk mencapai kestabilan harga sebagai sasaran akhir polisi ekonomi. Sememangnya kestabilan harga telah dilihat sebagai sasaran akhir yang penting kepada dasar kewangan. Kestabilan harga perlu dicapai kerana inflasi akan mewujudkan masalah kepada ekonomi dan dapat menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Inflasi turut menyukarkan untuk membuat perancangan masa depan.


4. Kestabialan kadar faedah

Kestabilan kadar faedah perlu dicapai kerana kadar faedah yang tidak tetap akan mewujudkan ketidakpastian dalam ekonomi dan menyukarkan untuk membuat perancangan masa depan. Kadar faedah yang tidak tetap member kesan kepada kerelaan pengguna untuk membeli rumah, contohnya ia menyebabkan pengguna sukar untuk membuat keputusan bila untuk membeli rumah dan kepada firma pembinaan untuk merancang berapa buah rumah untuk dibina.


5. Kestabilan Pasaran Kewangan

Krisis kewangan boleh menganggu kebolehan pasaran kewangan untuk meyalurkan dana kepada unit yangmempunyai peluang pelaburan yang produktif, maka ia membawa kepada mengucupan aktiviti ekonomi. Kestabilan sistem kewangan juga turut dipengaruhi oleh kestabilan dalam kadar faedah kerana turun naik kadar faedah mewujudkan ketidaktentuan dalam institusi kewangan. Peningkatan dalam kadar faedah menyebabkan kerugian yang besar dalam modal dalam bon jangka panjang dan gadaijanji, kerugian yang boleh menyebabkan kegagalan utuk institusi kewangan untuk memegangnya. Dalam beberapa tahun ini, turun naik kadar faedah menyebabkan masalah besar kepada tabungan dan pinjaman serta mutual saving banks banyak yang terlibat dengan masalah kewangan yang serius dalam tahaun 1080an dan 1990an.


6. Kestabilan dalam Pasaran Tukaran Asing

Dengan meningkatnya kepentingan perdagangan kepada ekonomi U.S, nilai dolar relative kepada mata wang negara lain menjadi perhatian utama kepada Fed. Peningkatan dalam nilai dolar menyebabkan industry amerika kurang kompetetif berbanding negara luar dan penurunan dalam nilai dolar merangsang inflasi. Selain itu, mengatasi perubahan yang besar dalam nilai dolar dapat memudahkan firma dan individu untuk merancang urusniaga dengan negara luar. Menstabilakan pergerakan yang ekstreme dalam nilai dolar dalam pasaran tukaran asing dilihat sebagai sasaran akhir yang penting bagi dasar kewangan. Dalam negara lain yang lebih bergantung kepada perdagangan dengan negara lain, kestabilan pasaran tukaran asing adalah teramat penting.


Konflik dalam Mencapai Sasaran Akhir

Walaupun banyak sasaran akhir yang diterangkan mempunyai kaitan rapat antara satu dengan yang lain – guna tenaga yang tinggi dengan pertumbuhan ekonomi, Kestabilan kadar faedah dengan kestabilan pasaran kewangan – ianya bukan hal utama. Sasaran untuk mencapai kestabilan harga selalu mendatangkan konflik dengan sasaran untuk mencapai kestabilan kadar faedah dan guna tenaga yang tinggi dalam jangka pendek. Contohnya, ketika ekonomi berkembang dan pengangguran berkurangan, inflasi dan kadar faedah mungkin akan mula naik. Jika Bank Pusat cuba untuk menghalang peningkatan kadar faedah, ini mungkin menyebabkan ekonomi tertekan dan merangsang inflasi. Tetapi jika Bank Pusat cuba untuk meningkatkan kadar faedah untuk mengatasi inflasi, dalam jangka pendek pengangguran akan meningkat. Konflik antara sasaran akhir mewujudkan kesukaran kepada Bank Pusat.

1 comment:

  1. A new live casino for poker players - Dr.MD
    This new casino for poker players is 동두천 출장샵 called 하남 출장마사지 Jupiters Casino and is part of the online gambling 안양 출장마사지 industry 경상남도 출장마사지 with 군포 출장샵 an average gaming time of at least

    ReplyDelete